evol

evol

Wednesday, June 22, 2016

my new me

Assalamualaikum ..
Tak terlambat lagi kot nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan ..
Lama sangat dah tak menulis kan . Korang ada yang menanti-nantikan update ke ?
Hihihii .. Perasan sangat lah kan .. takde siapa pun yang dok menanti-nantikan update dari blog ni kan .. :p Dah macam setahun satu update pula kan . Hihihii . Actually , ni pun takde idea sangat pun nak menaip nih ..

Sekarang ?
Aku masih berada di UNITEN, Muadzam Shah nih ..
Tapi , dah akhir semester dah .. hihii .
Habis bulan September nih , aku akan pergi internship pula . Korang doakan perjalanan aku tau !
Sibuknya , toksah cerita lah .. Nih pun dok curi-curi masa nihh .. Hihii ..

Banyak betul kenangan kat Bandar Muadzam nihh . Kenangan yang akan ku ingat sampai bila-bila .
Paling utama .. Kenangan mengenali si dia yang kini bertakhta .. Si dia yang tentunya seorang yang sukar untuk aku lepaskan .. Semoga jodoh aku dengan dia hingga ke Syurga ...
(oppssss ... si dia itu , biarlah aku rahsiakan dahulu .. andai aku berjodoh dengannya di dunia ini , aku akan ceritakan satu persatu kisahku dengannya .. Aamiin .. )

Ohh yaa ... Sebelum terlupa , aku mohon maaf sangat-sangat pada korang ..
Sebabnya , bila aku baca balik apa yang aku merepek meraban dalam nih , aku rasa malu teramat ..
Sangat kebudak-budakkan lah tulisan aku sebelum nihh .. Aku nak delete , tapi macam banyak GILERRR lah pula .. auchhh malunya akuuuu ... Maafkan aku kerana telah mencuri masa korang yang berharga tuh dengan update-update aku yang *** (aku pun tak tahu nak cakap apa .)

Aku tak tahu nak bawa blog nih ke arah apa .. Nak kata blog muslimah , hmm muslimah sangattt ..
Nak share tips , siapalah aku nih nak share tips dengan korang . Aku bukanlah siapa-siapa yang perlu korang minta pandangan aku . Aku hanya lah seorang hamba Nya yang penuh dengan kekurangan . Aku masih penuh kekhilafan . Aku bukanlah seorang muslimah yang perlu dibanggakan . Dari permulaan aku ingin berubah , sehingga kini aku masih belum berubah sepenuhnya .

Aku masih baru dalam dunia blog nih .. Walaupun kewujudan blog nih dah lama .. Tapi , seriously takde arah blog nih aku kerjakan . Korang ada idea tak ?


No comments:

Post a Comment