evol

evol

Wednesday, June 22, 2016

M.A.S.A

Assalamualaikum korang ...
ohh ya .. Sebelum terlupa , aku nak cakap ni ..
Update yang baru aku update tu , sebenarnya dah dikarang dalam 2 3 atau 4 5 hari yang lepas tau !
hihii .. Mase tu , tengah-tengah mengarang dan nak publish tu , tiba-tiba line internet pulak slow macam siput  ... Terus lah terlupa nak publish .. Nasib baik sempat save .. hihii .. Kalau tak , tak dapat lah cheq nak karang balik ... hihii

Okay !
Kali ni nak update ape ye ?
Haa ..

M.A.S.A !!
Sebenarnya , macam tak percaya dah nak raya dah . Dalam erti kata lain , sebenarnya aku nak cakap dah nak dekat Midsem Break dah .. Allah .. Cepatnya masa berlalu .
Sebenarnya lagi , bila korang dah di tahun akhir perkhuliahan , lebih spesifik lagi , di akhir semester , korang akan rasa masa tu seolah-olah mencemburui korang sangat-sangat .
Korang akan rasa macam seolah-olah dah tak sempat nak bernafas . hihii (propa sangat ayat kan !)
Korang juga rasa seolah-olah tempat korang belajar ni dah jemu nak tengok korang dan nak korang cepat-cepat blah ! (perghh ayat ganas x ?) Hihii

Semester akhir ini , aku hanya ambil 3 subjek final & 1 Final Year Project (FYP) .
Sikit kan ? Member-member terdekat aku , ambil 4 subjek final & 1 FYP .
Kenapa aku kurang 1 subjek ? Sebabnya salah satu subjek yang diorang ambil sekarang ni , aku dah ambil mase sem lepas . Aku kan transfer credit student .

Tapi !!!
Walaupun aku terkurang 1 subjek daripada diorang , TETAP jugak aku rasa masa tu tak cukup !!
Semester ni , aku kena buat :
* 3 subjek Final
* 1 FYP
* MUET ( MUET masa Diploma dulu sangat-sangat menghampakan .. jadinya , aku kena repeat again .. )
* Cari tempat Internship beserta hantar resume, cover letter, & dapatkan comfirmation dari company tu

Fuhh fuhh fuhh .. Pasal intern pun , 1 masalah jugakk ..
Pening nak minta intern kat mana ..
Samada Ipoh (aku taktahu kat mane tempat yang sesuai untuk intern kat ipoh.. )
Mahupun KL .. (kat KL banyak tempat boleh intern .. tapi masalah kos yang melampau pula )
Member-member aku , memasing nak try apply intern kat Kedah tempat sorang member kitorang .. tapi .. waduhh masalah betul ..

Hihii .. Dah dah .. Back to the topic !! (Banyak dah melalut nihh .. )
M.A.S.A

Aishh ... Aku rasa update kali ni , dah panjang dah pun kan ..
Maafkan tuan hamba .. Kita sambung next update lah pasal MASA ni ..
Actually , tuan hamba tengah terkejar dengan masa ni ..
Esok ada 2 quiz !! Dan tuan hamba mohon undur diri ..
Remind me k !!!

my new me

Assalamualaikum ..
Tak terlambat lagi kot nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan ..
Lama sangat dah tak menulis kan . Korang ada yang menanti-nantikan update ke ?
Hihihii .. Perasan sangat lah kan .. takde siapa pun yang dok menanti-nantikan update dari blog ni kan .. :p Dah macam setahun satu update pula kan . Hihihii . Actually , ni pun takde idea sangat pun nak menaip nih ..

Sekarang ?
Aku masih berada di UNITEN, Muadzam Shah nih ..
Tapi , dah akhir semester dah .. hihii .
Habis bulan September nih , aku akan pergi internship pula . Korang doakan perjalanan aku tau !
Sibuknya , toksah cerita lah .. Nih pun dok curi-curi masa nihh .. Hihii ..

Banyak betul kenangan kat Bandar Muadzam nihh . Kenangan yang akan ku ingat sampai bila-bila .
Paling utama .. Kenangan mengenali si dia yang kini bertakhta .. Si dia yang tentunya seorang yang sukar untuk aku lepaskan .. Semoga jodoh aku dengan dia hingga ke Syurga ...
(oppssss ... si dia itu , biarlah aku rahsiakan dahulu .. andai aku berjodoh dengannya di dunia ini , aku akan ceritakan satu persatu kisahku dengannya .. Aamiin .. )

Ohh yaa ... Sebelum terlupa , aku mohon maaf sangat-sangat pada korang ..
Sebabnya , bila aku baca balik apa yang aku merepek meraban dalam nih , aku rasa malu teramat ..
Sangat kebudak-budakkan lah tulisan aku sebelum nihh .. Aku nak delete , tapi macam banyak GILERRR lah pula .. auchhh malunya akuuuu ... Maafkan aku kerana telah mencuri masa korang yang berharga tuh dengan update-update aku yang *** (aku pun tak tahu nak cakap apa .)

Aku tak tahu nak bawa blog nih ke arah apa .. Nak kata blog muslimah , hmm muslimah sangattt ..
Nak share tips , siapalah aku nih nak share tips dengan korang . Aku bukanlah siapa-siapa yang perlu korang minta pandangan aku . Aku hanya lah seorang hamba Nya yang penuh dengan kekurangan . Aku masih penuh kekhilafan . Aku bukanlah seorang muslimah yang perlu dibanggakan . Dari permulaan aku ingin berubah , sehingga kini aku masih belum berubah sepenuhnya .

Aku masih baru dalam dunia blog nih .. Walaupun kewujudan blog nih dah lama .. Tapi , seriously takde arah blog nih aku kerjakan . Korang ada idea tak ?