evol

evol

Saturday, December 22, 2012

seminggu di sem 5....

assalamualaikum w.b.t.... dan salam sejahtera... :)
post kali ini pula its about my xperience... something yg aku laluinya... something yg bole dikatakan dugaan bagiku...

pada rakanrakan yang lain, selepas abeh praktikal, sure tasabasaba na masuk blaja blek... but, thats r not me... aku seakanakan takut untuk kembali ke poli blek...
-> takut sekiranya rakanrakan ta bole terima perubahanku...
-> takut sekiranya, perubahanku sesingkatsahaja...
2perkara ini yang aku takutkan...

seminggu masuk poli... sudah ada dugaannya... :)
i) bermulanya aku masuk dewan, salah seorang temanku, begitu asyik memerhatiku...
  (mungkin, dye terkesima.... wajahnya menunjukkan bahawa dye tersenyum melihatku... insyaAllah pandangan positif dibenaknya... manakala aku menjadi segan diperhatikan begitu rupa... )

ii) dikala aku memakai jubah pergi kelas... aku diri bersebelahan dengan seorang akak yang sedang mengandung.. (dye dtg sementara menunggu pelepasan tangguh semesta...) aku ditegur... berapa bulan pula aku... humm.... ak hanya membalas dengan nada gurauan bahawa aku masih belum berbulan lagi... :) sejujurnya, aku tidak terasa langsung akan katakata perlian itu... kerana aku berubah kerana Allah...

iii) dikala pelajar lelaki memerliku dengan dressup aku bagai ingin pergi bernasyid... riaksiku, aku hanya melemparkan sebaris senyuman ikhlas dan berdiam diri.. pensyarahku pula, menegur temanku itu dengan berkata perempuan muslimah seperti ini laa yang dicari untuk dijadikan isteri... sejujurnya aku merasa segan kerana aku takut dengan pujian tersebut mampu membuatku riak.... astagfirullah...

iv) setelah aku ditegur oleh teman baikku di poli dengan penyataan bahawa aku kini banyak mendiamkan diri... namun aku hanya membalas, ingin dikatakan apa lagi sekiranya tiada point... dan dye berkata dye tidak biasa dengan diriku yg kini banyak berdiam.. kerana aku dahulu SERING BERKATAKATA... subhanallah... betapa banyak dosaku dahulu...

jiikalau dahulu, aku cepat melenting sungguhpun ianya hanya perkara kecilan... namun kini aku lebih bersikap untuk berdiam diri... kerana, 'pabila kita cepat sangat melatah, lagi laa orang suka berkatakata kn... ' :)

pernah berkalikali aku terfikir....
* segannya... semua temanteman sekelas memakai tudung yang tidak begitu labuh sepertiku...
* ada ke orang yang nak kat aku ini... dressup mcm ustazah... org takut na dekat...
* bebaskah aku untuk melakukan apa sahaja seperti yang dilakukan orang lain yang bertudung biasa..

berkalikali juga aku terasa ingin berubah kembali kepada diriku sebelum ini... kepada diriku yang penuh noda ini...
namun, bahagiakah aku?? bahagiakah aku di akhirat nnty?? tidakkah aku mengejar SYURGA Allah??!!
hidayah daa dapat..tpi aku tidak mahu mengambilnya??  astagfirullah!!!

biarlah orang ingin berkata apa sekalipun pada kita.. mereka yang tidak mengenali diri kita sebenarnya, mudah berkatakata apaapa sekalipun berkenaan dengan kita.. hanya kita dan Allah sahaja yang tahu siapa diri kita.. dan bagaimana kita boleh berubah... subhanallah.... aku berubah kerana ingin mengejar SYURGA Allah yang kekal abadi selamanya...

namun... janganlah pula kita membalas kembali apa yang diperkatakannya kepada kita... ataupun... janganlah kita CEPAT sangat MELATAH...

percayalah... perkataan yang kita lontarkan pada individu lain terutama perkataan cacian, makian, perlian, dan sebagainya, katakata itu bakal berbalik kepada kita balik...

Sunday, December 9, 2012

pembersihan blog yang telah bersarang sekejap... :P

assalamualaikum....
aduihhhhh....bnyknye sarang labah2... tuh laa nmpknye, if lame ta jengukk miss QyQin niy.... hee....

actually kn, skang niy mmg seyes tade idea na karang2... beside, busy sesgt laa skang niy...
mane na urus, tamat praktikal ag...
mane na urus report2 harian, mngguan n akhir wif slideshow ag...
mane na urus perasaan lagi.... (aippp feeling?? )

actually jugakk... banyak kesah yang na dicoretkan kt sni...
~ mane cte sal kesah si B wif his GIRLFRIEND... (oppsss jgn pernah salah sngka... bukan jeles pn... ishh no way laa na jeles ngn org yg daa menipu diri ini... juz, maybb ade sdikit rasa TERKILAN coz ape yg telah dye buatkn... )
~ mane na cte sal feeling na abeh praktikal niy ag... sdeyhh.... hepi.... rindu.... wahh..... <3
~ and, the most important is, bout hencik Z pulokk.... (susa na digambarkan perasaan ini...)

jadi, insyaAllah jikalau esok free, akan ku luangkan sedikit waktu kt miss QyQin yep.... haa, kome3 sekalian na taw cte ape dlu?? but, if FREE... coz tomorrow na siapkn report... na siapkn slide ag... n ade akk poli na wt klas solek ag.... adoii.... busy mengalahkan PM.... (haippp.... perasan jap... :P )

oke... jam pun daa mnunjukkan pkul 12.31 am.... snow white na beradu dlu laa yep... snow pnat sesgt... nyte3 u'oll.... selamat malam dan assalamualaikum...

Thursday, November 22, 2012

30 ways menuju BAHAGIA..

assalamualaikum dan selamat membaca yep untuk semua yang sudi membaca... baikklah... update kali ini mayb lebyh berguna kerana ianya adalah 30 cara untuk kita menuju kebahagiaan dalam hidup,khususnya... wallahualam.... :) benda baik sama2 laa kita kongsi...
hee ini hasil pembacaan ku untuk sebuah buku motivasi 'Jangan Bersedih'.... :)

1) Jika Anda Tidak Hidup Dalam Batasan Hari Ini, Tentu Fikiran Anda Akan Melayang Kemana-mana... Semua Urusan Akan Menjadi Kacau Bilau serta Kecemasan Serta Kedukaan Akan Menjadi Lebih Banyak..
--@ sabda Rasulullah s.a.w : Bila engkau berada pada pagi hari, JANGANLAH menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, JANGANLAH menunggu datangnya waktu pagi..


2) Lupakan Masa Lalu dan Segala Yang Pernah Terjadi..
--@ Hal ini kerana, memikirkan segala yang telah berlalu dan sesuatu yang telah selesai merupakan KEBODOHAN dan KEGILAAN..


3) Jangan Sibukkan Diri Dengan Masa Depan..
--@ Masa hadapan kita masih lagi berada di alam GHAIB. Jangan laa kita dok sibuk memikirkannya sehinggalah ianya datang dengan sendirinya...


4) Jangan Mudah Tergoncang Oleh KRITIKAN..
--@ Dalam hal ini, kita perlu TEGUHKAN PENDIRIAN kita dalam menghadapinya.. Dan ketahuilah... KRITIKAN akan mengangkat HARGA DIRI kita setara dengan kritikan tersebut.. jadi, LAA TAHZAN dengan orang-orang yang sering mengkritik kita...


5) Beriman Kepada Allah dan Beramal Soleh..
--@ Dengan beriman kepada Dia, hati akan menjadi tenang dan kita juga terhindar daripada melakukan sebarang perkara yang dapat membuat kita bersedih hati.. KECUALI dengan segala KEIZINANNYA untuk menduga kita.. laa tahzan... :)


6) BerZIKIR kepada Allah..
--@ berZIKIR mampu menenangkan, menenteramkan dan menyenangkan hati kita yang sering berbolak balik... :)


7) Ketentuan Qada' dan Qadar..
--@ Kita sebagai umat islam kn wajib mempercayai qada' dan qadar Allah... percayalah... Setiap qada' dan qadar itu berlaku ada HIKMAHNYA yang tersendiri... telitilah ia...


8) JANGAN menunggu Ucapan Terima Kasih..
--@ Setiap KEBAIKAN yang kita berikan kepada seseorang yang lain, JANGAN lah kita menunggu ucapan TERIMA KASIH daripada mereka, jika target kita berbuat baik itu adalah untuk mendapatkan PAHALA daripada Allah...


9) Persiapkan Diri..
--@ Persiapkan diri kita untuk menerima segala kemungkinan yang BURUK yang bakal berlaku.. Dengan itu, kita tidak lah terlalu sedih dan meratapi setiap perkara buruk yang telah berlaku nanti..


10) Berfikir..
--@ Dalamilah ia dalam-dalam.. Kerana kemungkinan yang telah berlaku itu ada KEBAIKKAN yang tersembunyi darinya untuk diri kita...


11) Qada' Allah..
--@ Percayalah!! setiap Qada' Allah yang telah ditetapkan untuk kita itu adalah suatu yang BAIK buat diri kita..


12) Bersyukur..
--@ Bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita.. Masakan baru DIUJI sedikit, kita sudah GIVE UP?? Banyak nikmat Allah berikan pada kita antaranya, KEHIDUPAN yang bermakna ini..


13) Percayalah..
--@ Telitilah dan PERCAYALAH dengan setiap yang kita miliki adalah LEBIH BAIK dari orang lain.. Dengan hal ini, kita akan mudah menepis sikap cemburu akan kelebihan orang lain yang akhirnya akan membawa hati kita kepada kesedihan dan bukannya KEBAHAGIAAN...


14) Jalan Keluar..
--@ Setiap permasalahan yang berlaku, ketahuilah kita semua... bahawa ada JALAN KELUAR yang tersembunyi yang perlu kita cari dan telitinya sebaik mungkin menggunakan kurniaan akal yang dikurniakan Allah buat setiap hambaNya...


15) Berdoa..
--@ Dengan setiap kurniaan MUSIBAH kepada kita akan membuat diri kita bergerak untuk MENGADU kepadaNya... Sesungguhnya Allah menunggu kita untuk BERDOA dan meminta kepadaNya...


16) Musibah = Menajamkan Nurani dan Menguatkan Hati..
--@ Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan hambaNya TIDAK MAMPU untuk menanganinya..


17) Kemudahan..
--@ Ketahuilah... Setiap kesulitan akan ada KEMUDAHAN yang tidak kita ketahui melainkan kita cari dan telitinya..


18) Jangan Hancurkan Hidup Anda..
--@ setiap kesulitan atau musibah yang berlaku, JANGAN sesekali kita MENGHANCURKAN diri kita dengan perkara ataupun solusi yang tidak berfaedah...


19) Salah Satu Sifat Allah..
--@ Ingatlah akan Allah yang Maha Memberi Keampunan kepada setiap hambaNya..


20) Jangan MARAH, Jangan MARAH, Jangan MARAH!!!
--@ Setiap kritikan, setiap perlakuan buruk kepada kita dan setiap musibah yang mendatang, JANGAN sesekali kita menunjukkan KEMARAHAN kita!! Kerana MARAH tidak mampu memberi kebahagiaan kepada kita..


21) Jangan Risau..
--@ Janganlah kita resah gelisah akan setiap HARTA DUNIA yang tidak kita miliki.. Ketahuilah, hidup di dunia ini hanyalah sekelipan sahaja kerana AKHIRAT adalah yang KEKAL ABADI..


22) Rezeki..
--@ {Dan, di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.} -Az-Zariyat : 22


23) Apa Yang Anda Takutkan..
--@ Ketahuilah wahai rakan-rakan pembaca.. Kebanyakan dari apa yang kita takutkan TIDAK akan berlaku.. kerana hari esok masih berada di alam ghaib lagi..


24) Suri Teladan
--@ Pada diri kita yang tertimpa MUSIBAH itu terdapat SURI TELADAN yang dapat kita ambil ia sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup..


25) Sesungguhnya, Jika Allah Mencintai Sesuatu Kaum, Maka Dia Akan Memberikan Cubaan Atas Mereka.
--@ Allah menyayangi diri kita.. Sebab itu Dia turunkan musibah buat kita untuk kita kembali mengingatiNya..


26) Bencana..
--@ Ulangilah BERDOA untuk MENGHAPUSKAN bencana..


27) Lakukan!!
--@ Kita PERLU lakukan kebaikan dan menghasilkannya... TINGGALKAN segala kekosongan dan penggangguran..


28) Desas-desus/Khabar Angin..
--@ TINGGALKAN segala desas-desus dan JANGAN mempercayai setiap khabar angin.. Sehinggalah khabar angin itu terdapat KESAHIHANNYA..


29) Balas Dendam!!
--@ Pabila kita berdengki akan seseorang, perasaan dan sikap untuk membalas DENDAM itu seakan membuak-buak dalam diri dan hati kita. Dan pabila berbalas dendam, ianya hanya akan MEMBAHAYAKAN kesihatan anda sendiri melebihi BAHAYA yang menimpa pihak lawan..


30) Penghapus Dosa-Dosa..
--@ Setiap musibah yang berlaku, yang dapat kita tanganinya dengan hati yang terbuka, ketahui laa... Musibah itu adalan Penghapus Dosa masa silam kita yang telah pun berlalu..

alhamdulillah... semua 30 ways ini bersangkut paut akan satu sama lain... apa-apapun, hal yang sekecil ini juga laa yang sering membuatkan hati kita tidak tenteram dan tidak dapat menuju hakikat kebahagiaan yang sebenar,...

fahami dan hayatinya... sudi2 tnggalkan laa sedikit komen ataupun ways yang lain yang dapat kita kongsikan bersama... segala kesilapan harap sama2 kita perbetulkan... jangan segan atau takut untuk menyatakan pendapat masingmasing.. sama2 kita istiqamah... :)


Friday, September 21, 2012

Baju Kenangan & mini telekung

salam sayang kepada sesapa yg sudi meluangkan masa mndengar celoteh kali niy.... :)
oppsstttt, maksud disini, salam sayang --> sayang sesama muslimin dan muslimat laa...
hummm entry kali niy is about baju yg menutupi diri ini pd hari ini... :)
(special sgt kew smpai perlu bagitaw baju pe yg dipakai?? )
heyyy!!!! mesty laa special taw!! special coz it leave a memory to be remembered!! :)
(oke... teruskan... ^x^)

Di suatu ketika.
Selepas mereka bertungkus lumus memerah otak menghadapi PMR, mereka masih digalakkan untuk hadir ke sekolah ekoran tempoh persekolahan pada tahun itu masih belum tamat lagi. Berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan bagi menghilangkan kebosanan pelajar2 mereka. Antaranya Lawatan, Gotong-Royong dan sebagainya. selebihnya jika tiada aktiviti, mereka akan dikurung di dalam Bilik Muzik bagi menonton pelbagai filem/movie yang disediakan. Ahhh, bukan mereka tonton sangat pun filem tersebut. Ada yang tiada buat apa2, mmg lah mereka menontonnya. Selebihnya, ada yang sedang berdengkur baikk punya tanpa menghiraukan rakan2 yang lain, ada yg sibuk snappp picca dgn handphone yg dibawa (almaklum laa, cikgu telah pun membenarkan..), ada yg tidak kering idea berceloteh, bergosip dengan rakan2 yang lain dan yang susah mendengar kata itu, tidak penat langsung merayau2 sekitar sekolah mengganggu pelajar yang lain pula.

"Assalamualaikum semua. Saya ingin memberitahu khususnya kepada pelajar perempuan yang ingin menyerlahkan bakat anda semua. Pada minggu depan, hari Rabu, kita akan mengadakan satu pertandingan." terang cikgu Norlaila.
"weyh, pertandingan apa tuh? jom join na? saje suka2... heheee" ajak Myra.
" hee oke2... boleh gk.. hilang bosan ckit.." sampuk Eyqin.
" oke set... nnty kte satu geng bg name kt ckgu ea... " cadang Nad pula.
"Pertandingan yang saya cakapkan tadi ialah Pertandingan Ratu Muslimah. haa kena laa pelajar perempuan kn.. hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. "ujar cikgu Norlaila.
Teruja Myra, Nad dan Eyqin mendengarnya.

Seminggu telah pun berlalu dan masa yang ditunggu2 Myra, Nad dan Eyqin telah pun tiba. Pada mulanya mereka satu geng, 5 sekawan mahu bersama2 berentap skali. Namun, Syira dan juga Fiesza hanya ingin menjadi mak2 andam buat rakan mereka yang bertiga itu. (hehee tape laa... klw sume berlima berentap, sape plak na jd juru makeupnye?? )

"Ehhh.... Peliknya?? Mane orang lain? takkan laa kte bertiga jew yg msuk pertandingan niy??" soal Eyqin.
"A'ah laa... Mane org laen??" sokong Myra plak.
"cikgu, sape lagi yang msuk pertandingan niy??" soal Nad kepada ckg Norlaila.
"ohh... emm memang hanya kamu bertiga jew yg masuk pertandingan niy. tapi takpe laa kan. semua hadiah korg yg amek.. " jawab ckgu beserta 'smiley face' nye.
"Hah?? Alaa xnak laa ckg.. saya na tarik diri laa..." gelabah dibuatnya Myra.
"Betul lah ckg. saya pn na tarik diri jugakk laa... segan laa ckg.... "Eyqin pun sudaa gelabah semacam.
"Alaa tayah segan2... bukannya depan semua budak2 skola niy... hanya batch2 kamu jew... alang2 daa siap pkai baju skali ngn makeup niy, baik teruskan." pujuk ckgu.
"alaa...."
"oke2. kamu cuma perlu catwalk sikit jln depan semua org dalam bilik muzik dan biarkan kawan2 kamu yang memilih siapa diantara kamu yang dpt tempat pertama, kedua dan ketiga." terang ckg lagi.
"ishh lagi laa saya segan ckgu... mne laa reti na catwalk2 niy..." balas Eyqin lagi.

Akhirnya Myra, Nad dan Eyqin pun dgn hati yg malu2 kucin itu pun catwalk laa one by one supaya rakan2 yg lain bole mengundi...
Diringkaskan cerita, pemenang Pertandingan Ratu Muslimah ialah :
3) Nad......
2) Myra.......
1) Eyqin.................

heheee..... so at that time baju yg ak pkai ialah baju hari niy yang aku pkai laa... baju niy baju Jubah Seluar.. hari ini merupakan hari PERTAMA aku pakai setelah 5 tahun baju tuh tersidai lam almari....hee...
(aikk?? ta kecikk kew baju tuh?? almaklum bukan kaw daa MMBESAR kewp?? hahaa )
cisss.... baju tuh besa ag dri ak pkai sekarang niy yep!! time skolaa2 dlu, kuakui aku memang sdikit berisi... sbb tuh laa baju tuh kini yg besaa!! (angry face)
(terbalik plakk kamoo niyh... besanye dlu kurus skarang gemokk... kamoo laen yep?? )
hahaaa see the leg laa.... :P
hee so conclusionnye, itu laa dinamakan Baju Kenangan... hehee punye laa engt ramai gle yg msuk pertanding gle2 uh... but lastly, kami bertiga jep... mmg segan gle... yg lebeyh ter'overr' nye, time tuh, aku sanggup suh ibu beli baju jubah seluar uh semata2 utk pertandingan yg mcm tuh... hahaaa mmg lawakkk....

baju tuh dgandingkan dengan mini telekung... taw ta?? mini telekung ibuku punya beli time na pegi umrah tempoh hary... hehee.... then, mini telekung uh, dililit2 agar kemas utk dijadikan tudung plak... :) pastikan lilitan tersebut still dpt menutup aurat kte yep!! mini telekung bukan hnye boleh djadikan tudung, malah dlm keadaan darurat, bole djadikan telekung jugaa!! sweett.....
(hahaa lawakk2....)
kenape lawak??
(lawakk sbb kne mara ngn boss gara2 msuk ofis lewat td... :P )
cehh.... hee tuh gara2 kemaruk gle daa tgk tudung labuh tutup dagu at inspirasi hanna... hee smpai ta engt jam daa kul 3 ptg.... mmg kene laa!!


Akhirnya selesai jua penulisan article niy.. heee td kt ofis daa karang daa... last2 bos msuk bnyk plak kejenye smpaikn terpaksa 'copy paste' dkt word supaya nnty tayah laa na karang blek kn... tpi, save kt word kt ofis... :( terpaksa laa mengarang blek smbil mengingati kenangan ini... <3




Wednesday, September 19, 2012

impian..........

as salam everybody.... hahaa mcm laa ade sgt org nye... hee
tajuk entry kali niy ialah IMPIAN...
wahhh mcm best jewp tajuk niy....

oke.. lets begin....
Impian... semua org msty ade impian msing2 rite...
mcm Cita-cita gk laa kn...
tpi cita-cita kte time kcil2 dgn realiti kehidupan kte sekarang, msty daa berbezaa kn...
pd yg still dpt lunaskan cita-cita yg dpegang since kecil uh, wahhh bestt laa...
(wahhh bestt laa --> alhamdulillah) hee much better... <3

humm impian aku?? cita-cita aku??
cita-citaku dlu na jd pkar perubatan coz mnat sgt2 bidang kedoktoran niy...
lagi2 time biology, ske sgt2 mnghafal name2 tulang dlm bdn kte niy haa...
tpi, Allah itu lebeyh mengetahui akan hambanya ini yg bakal 'sengsara' ble blaja doktor2 niy.... (hee)

'sengsara' yg dimaksudkan disini, adalah 'sengsara' laa kowt time na stdy... adoihhhh
dlu time SPM pn bagai org yg na exam kedoktoran...
ape tak nye, smpaikn tade life jugakk laa... mkn asyk skipp, tdo berbantalkan bku dan bermimpikan formula2, mandi sekejapan cuma, (lagi ape yep??) haa dan lain2 laa...
alaa lagipn salah sndiri jugakk.... stdy mcm mne truk skalipn tpi mls na buat latih tubi, mmg ta dpt jugakk laa kn... (alamakkk kantoi pemalas upenye...hee)
oittt pemalas utk buat latih tubi jewp!!! tpi, nota, berderet2 smpaikn mmbe2 na pnjam....
(ohhhhh rjin wt note jew laa.... hee)    (angry face..)

alhamdulillah... lepas smbung stdy kt Politeknik Premier Ungku Omar niyh,(amboihhh semangat bgtaw nme poli penuhhh...) kelebihannkuh terserlah plak dlm bahagian kira2 niy.. (ye ea?? pdhal SPM akaun dpt E kaw.... addmath dpt D... hummm) ahhhh lupakan SPM tuh.... kini mulai hidup andaa yg baru dgn CITA-CITA yg baru.... (wahhhh caiyok2!!!)

(aishhh dri td dok sebut cita2 niyh, tpi satu isi pn tarakk.... huhh) ehh3 na marae plakk.... :P sabo2.... (ate laa kn daa mcm ore gilo plak bcakap sensorg niyh... hahaaa)

CITA2.... humm actually den pn daa tataw apo cito2 den... hahaa den tarak taw apo yg sesuai ngn den niy haa.... ate tlg laa mike niyh pikiokn apo yg patut den cito2 kn.... sharing is caring kn... hee :P ( cehhh bek tayah celoteh panjang beno caniy.... wt letih tangan yg mnaip sudaa....) ahhh bio laa... den punya tgn... ske aty den laa... hahaa ;D (mereng2 ini budakkk...)

oke2... Cita2 niy tolak ketepi.... ckp psal kelebihan dan minatt lakk... bru senang (kowt) na decide ape Cita2 yg perlu dikejarkn.... btui dakk?? hee....

KELEBIHAN:
--> akaun, ckit2....
--> kemahiran wt cheese tart....
--> ntahh laa... hahaa :D

MINAT :
--> berniagaa...
--> ske pegang duit... (ate tiap sem laa jd bndahari a.k.a kak long kt klas...)
--> ske buat akaun yg bagai na pcah kpala otak niyh haa....
--> ske kpd banking!!
--> eemmm tuh jew kowt wt mse niyh... :P

so, pd andaa2 yg sudi mmbaca celotehkuh ini, mohon2 laa bg suggestion ape yg ptut ku plih utk kerjayakuh di beberapa tahun ag niy?? arghhh jeles tgk org ade impian yg perlu dicapai... tpi, ambe?? yeelekk... :(

haishhh laa... klw cenggini gayanye, kne beli bku2 motivasi bout kerjaya ataupn jmpe Kaunselor!!!
sbut kaunselor teringat ckg phyco kt skolaa dlu... (aishhh smpat ag mngata ckg!!! ta bek sungguh...)
alaa bkn mngata... tpi itu laa gelaran ckg tuh.. dsbbkn glaran tuh laa wt kami ank2 murid yg laen niy engt akn ckg tuh... hee maap3....!!!

tpi kn.... (asal sampai popular, mph, novelhut jewp, yg dicari mula2 skali ialah NOVEL!!! ) aippp?? mcm taw2 jewp na ckp tuh... hahaaa..( ate aku niy hati mung... taw beno laa kamoo tuh cmnee...) hee btui gk... hahaa ;D humm tuh laa dye... novel jewp memanjang!! ate laa kn, aku niy pnyegan org nyep... mne tak nye... kua ngn mmbe slalu beli novel.. niyh ttbe beli bku2 motivasi atau agama2 niy kang deme ckp 'aii buang tebiat kew ape kaw niy??' hahaa ade ke patut katenye aku niyh buang tebiat... :(

tpi, klw g popular, mph, novelhut sensorg lak... aishhh tidakk gemornyee laa.... (bkn tidak gemorr... tpi hang tuh PENAKUT!!) adoihhhh laa hai wahai haty ku ini... kn terkantoi lagi.... opssttt!! hee mmg laa tkut... ate tgk laa skarang niyh... culik, bunuh, rogol...n raba pn ade taw!! uishhh mnx simpang laa kne cmtuh...

(humm so acane niyh??)... acane cane ag... kne laa buang feeling2 segan lam diri uh... bukannye wt pkara buwukk pn na segan2 bagai.... (amboihhh kasaq sungguh bahasanya nohh...) hee.... :P
so lepaih2 niyh wahai kawan2kuh skalian... jgn laa andaa pertikaikan siapa aku kini dengan siapa aku sebelum ini...

sekiann...... (update mcm ape ntahh laa... heheee.... mohon yep pandangan msing2... )  ^_______^

Saturday, September 15, 2012

insyaAllah....

Assalamualaikum w.b.t......
seperti tajuk diatas.... huhuu berat rasanye na cerita... bkn ape, tkut semasa penyampaian niy, akan terselit satu perasaan riak, sombong, berlagak, overrr o anything yg sewaktu dengannye... huhuu

before that, tarik nafas pnjang2........dann lepaskn..... oppsss jgn lpas kot bwh lak... semerbakk nnty... hee
(trying to cool down..)

oke, baikk laa... sebelum memulakan bicara, Bismillahirrahmannirrahim.....

Alhamdulillah... kini aku sedang memperbaiki diri ini agar menjadi seorang muslimah sejati... oppssstttt not at all.... but slowly, im going to change.... mungkin sudaa tiba masanye utk aku berubah menjadi sebenar2 muslimah...
hohoo....sbenarnye, tiada istilah SUDAH TIBA MASANYA... dlm Islam, kte WAJIB melambangkan siapa kte sebenar dalam istilah beragama... (huhuu ayat tunggang terbalik tika niy...) maksud sebenar kata2kuh ini, once kte dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam, kte should act like a muslim/muslimah!!

hummm tape laa... tamau bicara lebih2 akan isu ini...

alhamdulillah, aku kembali sedar dalam lenaku yg panjang dalam beberapa hari yang lepas... (actually, since start praktikal...)
aku ingin sekali berubah... ingin sekali memakai tudung labuh... ingin sekali melonggarkan pakaian ku... ingin sekali MENUNDUKKN WAJAHKU utk diperlihatkan oleh orang2 sekeliling terutama lelaki2 ajnabi... insyaAllah....

alhamdulillah juga, aku punyai kakak2 ofis yang pada aku mereka telah menyedarkan aku disamping memberi support kepada aku untuk berubah... tidak sia2 aku praktikal di sana... kami sama2 dan masing2 punya jalan yang sama, ingin berubah... setiap hari, msty dalam berbual/ bersembang uh akan kami selitkan juga tentang agama.. kami sama2 belajar.. seyesly, aku benar2 bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka dan amatlah sayang akan ukhuwah yang telah kami bina bersama...

dipermulaan perubahan ku, aku mulai dengan memakai maksum a.k.a hand sock a.k.a sarung tangan... melihat akak berdua di ofis yang setiap hari, setiap masa(dlm ofis/keluar lunch bersama), tangan sentiasa bersarung, aku jadi malu pada diri sendiri dan pada mereka... wlaupun memakai baju kurung yang lengannye mmg laa pnjang, but still memakai maksum.. sbbnye, once kte angkat tangan or terselak lengan baju kurung tuh, kan daa ternampak aurat disitu... dan walaupun kami ber3 yg selalu ada di ofis n sumenye perempuan, namun ini laa masenye ak na mengajar diriku untuk bermaksum rite?? :) alhamdulillah.. maksum sentiasa terselamat di lengankuh...

kemudian, tudung a.k.a kerudung.. yess aku hanya memakai tudung biasa yang bukannya dari bidang 60', 70' dan sebagainye... aku hanye bertudung biasa yg pada mulanye hanye bidang 45'. (sebelum2 niy, selendang berlilit bagai..) namun, wlaupun tudung 45' jew, aku akan labuhkan dibahagian hadapan... bg menutup dadaku dripada terlihat oleh mata2 nakal yg disertakan dengan hasutan syaitan sume.... wlaupun ble keluar jmpe mmbe lame, ade yg menegur,'ishh baekk tayah pkai chantek2 cenggini klw na tutup sume uh..' jwpnku pada mereka hanyalahh sebuah senyuman... :) kemudian baru2 niyh, aku ada membeli 3helai tudung bidang 50', but jarang sedikit... (hummm tape... slow2...) na beli tudung labuh yg ustazah slalu pkai tuh, mahal.. plus tudung2 yg baru beli niy cmne lak?? takan na buang kowt.. membazir kan amalan syaitan...

dan terbaru, stoking!! hee... actually, mula2 msuk LI uh mmg daa berstoking spanjang wktu keje but for a few days only... sbb ape?? hee biarlahh aku jew yang taw... :P then now, seperti biasa rase malu sgt2 dgn akk kt ofis yg berstoking... slalu gk, usha stoking kt kdai2 berdekatan... tpi... =( humm stoking nipis... stoking mahal melampau... haishhh laa.... then akk ofis kate kt shamensi di greentown tuh, murah stokingnye.. pd hari khamis 13/9  tuh, kua lunch beli mkn kt sebelah shamensi, ape lagi kn... daa alang2 smpai sne, trus grab laa 2 psang stoking n 2 psang hand sock... hee esoknye pd jumaat tuh, dtg ofis dgn hepynye wif my new hand sock n stoking... :) lpas2 niy, stoking kne sntiasa ade!! not juz wearing stoking! but wif hand sock n tudung yg dilabuhkan dhadapan.. :) alhamdulillah...

then na share sikit perasaan yang dirasai pabila brubah begitu..(wlupn not at all, but terasa sgt2!!)
--> ble pkai hand sock kn, terasa laa 'wahhh tgn aku dpt terlindung drpd api neraka nnty, insyaAllah...', 'wahhh makin putih plak tgn yg ditutupi dgn maksum niy.. hee'...
--> ble tudung dlabuhkan,'alhamdulillah... aurat ku dpt ditutup..', 'wahhh, besttnye dpt pakai tudung yg dpt tutup bahu kte niy..' , 'Ya Allah, nyamannye rasa hatikuh dpt menghalang pndangan mata org kearahku...' , 'wow, terasa diri ini terpelihara sgt2..' , 'bestnye sbb dpt pertontonkan pd 'suami' SHJ bentuk badankuh mcm mne.. terasa diriku begitu berharga..heheee'(mcm iklan sudaa..)
--> ble memakai stoking wlau baru sehari dpraktikkn, 'heheee dpt laa tutup kaki buwukkuh..' , wahh dpt gk laa memutihkan kembali kakikuh niy..' , 'alhamdulillah, terasa dpt mnghalang urat2 di kaki drpd dperlihatkn oleh org laen...'

klw ta pakai maksum, terasa tgn niy ta berlengan jew wlaupun hakikatnye berlengan... klw ta besarkan tudung plak, terasa mcm diri ini 'telanjang',,nauzubillah.. stoking?? haa tuh ta terasa pape ag.. hee sbb bru jew kn.. :P

haa lupaa... semlm jugakk, jumaat 14/9, dok tgh usha2 fb tudung2 muslimah online niy, ttbe.... zoooopppppppp.................... (mengapakah??)
'wahhh sgt2 laa chantek tudung niy plus bole jd telekung trus!!!' tgk tutorial cara na pkai tudung uh plak... juz sarung kn jew!! since that moment, hati ini terasa berdebar2 sgt3 smpai laa kul 11 lbeyh mlm td...kenape?? hati ini benar2 tidak tahu dan tidak mengerti.. adakah ini salah satu hidayah Allah pdku?? jikalau ianya benar, Alhamdulillah sgt2!! seyesly, time solat zohor, asar, maghrib n isyak td, doaku dikala sujud terakhir dan slepas solat, msty ak titipkan kpd Allah utk memiliki tudung labuh itu... biarlah ianye mahal sedikit.. aku gunakan ia bukan untuk menunjuk2 tpi utk memudahkan ibadahku nnty... woww mmg ta pernah terasa sebegitu rupa utk memiliki sesuatu tuh... doaku juga supaya Allah permudahkan segala urusan perubahan ku ini...

namun, dkala hati berdebar2 utk berubah, hati ini juga berdebar2 krn tkutkn buah mulut org yg suka mengata... namun, buat masa ini, ku kuatkan hati untuk melawan sgala hasutan2 syaitan terutamanya... sememangnya aku amat takut, sekiranya sekembali ke poli balik, rakan2 kelasku, khususnya geng2 kuh, akan memulaukan ku kerana perubahan ini... akan ku pegang kata2 ini, 'Berubah kerana Allah, bukan kerana org..' 'Pentingkan pandangan Allah pd kte drpd pandangan manusia2 yg sering berhasad dengki dan cemburu akan perubahan kte...' Aamiin... moga dikuatkan hati ini...

pnjangnye berceloteh... hee jam pun daa msuk pukul 2.45am 15/9/12.... udah2 laa yep buat masa ini... na sambung bace novel jap, then go to sleep!!! :) wassalam....


Saturday, August 25, 2012

Yang Tertutup Itu Indah

assalamualaikum....
sebelum memulakan bicara, chenta mohon maaf andai segala butir bicara ini mengguris hati andaa semua... perbicaraan kali ini lebih kpd pendapat diri chenta sndiri... hee... klw andaa semua ingin meluahkan pndapat korunk pn bolee jugak.. chenta bukanlah sempurna.. dan chenta hanyalah bertudung biasa sahaja bukanlah bertudung labuh lagi berniqab.. namun keinginan hati ini ingin skali bertudung labuh dan BERNIQAB...

                                                 Yang Tertutup Itu Indah... 
haa tgk tjuk nye pn mesty engt perbezaan antara wanita bertudung ataupun tidak bertudung a.k.a free hair kn... :P
bukan laa.... ia berkenaan bertudung biasa vs berniqab....
vs   
 antara berniqab & bertudung biasa?? chenta lbeyh teringin utk berniqab lagi... sbb, berniqab dpt menjaga diri kte as a muslimah daripada pandangan mata2 lelaki... Namun.....
perlu ditegaskan disini, bertudung biasa LEBIH BAIK daripada berniqab...
berniqab lah dengan ikhlas kerana Allah... bkn kerana ikutan fesyen terkini, mempertayangkan mata yg bundar lagi comel, ataupun hanye untuk menunjuk-nunjuk.... astagfirullah....
bukannye melarang niat dhati utk berniqab...
pabila telah mula berniqab, BERDOSA jika selepas2 itu mahu menanggalkan niqab tersebut...
pabila telah berniqab, perangai kne jaga.. (tak boleh gile2 lagi)....
pabila telah berniqab, pergaulan antara laki2 dan perempuan harus dperketatkan lagi..
banyak sangat yang perlu diubah terutama hati!!
setelah berniqab juga, ramai mata masyarakat memerhati..
namun, kte hanyalah insan biasa yg pnuh dosa dan sntiasa khilaf..
kte khuatir, setelah berniqab, perangai gila2 kte still tak dapat dpisahkan..
khuatir, pergaulan sesama muslimin dan muslimat tidak dapat diperketatkan.
dan , PALING UTAMA khuatir, hati ini tidak terlalu ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam berniqab...

sememangnya yang tertutup (niqab) itu sangat lah indah... namun, bertudung biasa juga indah dpandangan Allah dan sekalian manusia andai bertudung kerana Allah... insyaAllah...
jika ingin berniqab, biarlah dari kte kecil lagi diajar dan dibiasakan dengan berniqab..

kita hanyalah insan biasa yang lemah lagi hina dipenuhi dosa dan noda.. kalau ingin berubah kepada kebaikan, kita perlu berubah secara perlahan-lahan TAPI berterusan... biar hanya bertudung biasa.. kemudian jika sudah bersedia, berhijrahlah ke tudung labuh... dan setelah yakin akan hati yg ikhlas lagi tulus ini, barulah berhijrah ke niqab pula... :)

islam ini sangat mudah dan sangatlah indah... hayatilah bersama...

Wednesday, August 1, 2012

assalamualaikum.... im new here.... so, bnyk benda yg ta brape tahu niy.... harap ade yg dpt beri tunjuk ajar... :)