evol

evol

Wednesday, December 17, 2014

Ke busy an & Kemalasan....

Assalamualaikum... hee selamat petang uolls....
Humm... Lamanye tinggalkan tulisantulisan ni...
Ada ketika nak menaip, tapi takde idea plak.. (seperti kala ini... )
Ada ketika nak menaip, tapi busy nya Allah sahaja yang tahu.. Almaklum laa, student life kan...
Tapi tika ini, aku cuba sedayaupaya untuk cari masa jugakkkk nak menaip..
Bosan pulakk tengok blog sendiri yang kosong takde hupdate apaapa kn...

Sebenarnya, aku pun taktahu nak hupdate ape....
Hakhakkkk!!!
Okeoke... cerita pasal study aku laa...
Lebih kurang dekat 1 bulan lebih daa aku start kelas aku kan...
Bermulanya semester ni, aku terus sibuk sampaikan nak balik cuti pun takde mase...
Walaupun kelas starting Isnin hingga Khamis sahaja, Jumaat hingga Ahad, ada je kerja yang perlu dibuat... Kerja tugasantugasan kelas laa...
Seriously, semester kali ini, memang aku pulun(usaha) habis laa...
No time to datingdating... No time to relaxrelax... and No time to watching movie....
Arghhh cuba bayangkanlah Isnin sampai Ahad asyik menghadap buku, nota, assignment...
Lepas tu pulakk, duduk belajar dekat tengah hutan kan...
Apa yang ada?? Wayang takde... Bowling takde... Shopping Mall lagilahhh takde..
Hengko rasa camne?? Terasa bagai dikurung dalam penjara jehhh walaupun realitynya bukan..

Lepas tu dalam 3 4 minggu yang lepas, sibuk pulak nak prepare untuk Midterm Exam....
Pulun lagi...
Tapi yang menyayat hatinya.... result pulak tak semengah yang diusahakan....
Maksudnya, tak seelok seperti yang telah dipulun berminggu-minggu...
Sedihnya laa hati ini...
Badan+otak penat pulun... tp result ??? hanya begitu....
Kadangkadang terasa macam nak putus asa je...
Tapi apa boleh buat... takkan nak berhenti kat tengah jalan kan...

Walau apapun, aku sebagai transfer student, kan boleh habis awal.. tapi tuh laa kalau result teruk, tak dapat laa nak habiskan seawall yang boleh....
Pada mulaya, aku ada buat 2 study plan yang berbeza..
  • study plan untuk 2 tahun..
  • study plan untuk 2 tahun setengah..
Mengikut planning, aku nak cuba habiskan dalam 2 tahun sahaja... Sebabnya ada upcoming planning selepas itu... Tapi... selepas result midterm pun begini... terasa down sangatsangat... macam tak mampu je nak buat dalam 2 tahun sahaja...

Dekat sini, aku ada seorang lecturer advisor... Sebelum ni aku ada laa jumpa beliau untuk mintak pendapat.. memang selalu jugakk laa aku jumpa beliau bila ada problem pasal study ni..
(Sebenarnya aku memang jenis suka bercerita masalah pada orang... suka minta pendapat orang lain jika mereka berada dalam situasiku.. Lagi2 bila jauh dari ibuayah ni... Lagi laa tak boleh pendam sorangsorang..)
Lepas je ceritakan problem midterm aku pada beliau, semangat aku kian meningkat balik... hihiii Cumanya, untuk mendapat A+ dalam (1) 'subjek' tu, memang tak dapat dah laa...
Nasihat beliau lagi, 'terus cuba maintain kan prestasi dan kena usaha lebih lepas ini...'


Dan sekarang.... oleh kerana excited nak balik cuti midsemester esok, hari ni aku burn semua kelas!!
ahakksss...
tak larat sangat rasanya... sampaikan aku memerlukan 1 vacation bercuti ke mane2 laa...
tapi, untuk bercuti sangat pada cuti seminggu ini, terpaksa dilupakan...
Sebabnya... Ada 2 assignment menanti... Ya Allah... banyaknya kerja...
Kemudian... maktok kesayanganku sakit... Sesungguhnya, hanya Allah yang mengetahui... Namun... sempatkan aku untuk menjaganya cuti semester ini....
Awak semua tolong doakan maktok ye...

Rasanya.... sampai disini sahaja kowt... Aku pun dah kehabisan idea nak mengarang.... Lagi, kerana ada tugasan menanti... Malam ni ade meeting group assgment lg... Part aku, satu apa pun tak siap lagi... huwaa..... Nak menangis!! Nak balik!!!

Oke bye... Terima kasih sebab luangkan masa untuk baca coretan kali ini yang sangatsangat membosankan....





No comments:

Post a Comment