evol

evol

Thursday, March 20, 2014

terkadang....

Assalamualaikum...
wahhh lamanya tak menyapa blog niy...
bersarang berhabuk sudahhhh....
btw, Happy Belated Birthday Cahaya Asyiqin...
hikhikk... terharu sesangat saat housemate n jiran bawah 2 org buat surprise birthday party...
alamakkk.... i'm too busy plus too lazy to update all moment bout my beautiful 22nd birthday...
erkkk... 22 already??
yupe.. i'm still YOUNG n becoming more more and more beauty than before....
erkkkkk.... terperasan sekejap... hikhikk tape kn... ;)

okee... begin story with 'terkadang...'
terkadang....
terkadang aku merasa sunyi...
sunyi untuk dipanggil sayang...
sunyi untuk bertentang mata...
sunyi untuk di caring dan diberi perhatian...
sunyi juga untuk bersamasama bak seperti belangkas...

tapi...
aku tahu...
perasaanku itu hanya untuk seketika cuma...
kerana aku tahu hati ini mungkin hanya seketika juga...
kerana apa yang pasti aku mengejar cintaNya yang hakiki...
kerana ketika ini aku mengejar kejayaan demi untuk menggembirakan kedua ibu bapaku yang sering bersusah hanya untukku...
kerana ketika ini juga aku sedang mengejar kegembiraan hanya selepas AKU BERNIKAH....
Allah... besarnya citacitaku...

ya....
aku percaya akan janjiNya pada setiap hambaNya...
'lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik...'
aku mahukan seorang lelaki yang baik...
aku mahukan seorang lelaki yang penyayang...
aku mahukan seorang lelaki yang soleh....
dan aku mahukan seorang lelaki yang mampu membimbingku hingga ke JannahNya...

oleh itu...
aku haruslah menjadi seorang perempuan yang baik...
aku mestilah menjadi seorang perempuan yang penyayang...
aku perlulah berusaha menjadi seorang perempuan yang solehah...
dan aku WAJIB pandai membimbing diriku untuk mengejar JannahNya...

paling penting....
aku HARUS+MESTI+PERLU+WAJIB menundukkan pandanganku untuk memiliki seorang jejaka pilihan Allah yang MAMPU menundukkan pandangannya daripada perempuanperempuan lain dan HANYA memandangku sahaja....
ALLAH.... besarnya citacitaku ini...

#kebanyakannya ramai yang sudah tidak mempercayai semua ini... namun, aku percaya... aku redha dengan ketentuanNya... dan aku amat berharap hanya padaNya untuk menganugerahkan aku jejaka pilihan yang terbaik untukku...

alamakkk macam dah terkedepan pula...
conclusion....
i will try my best to hold dis dream...
aku akan pegang impianku ini sehingga Dia menemukan aku dengan jejaka idamanku...
cinta niy, tak perlu nak gopohgopoh...
benar, cinta perlu dicari dan bukan hanya berdiam diri...

namun... kita sebagai seorang perempuan ini...
bina kerjaya kita dahulu...
bina citacita kita dahulu...
bina impian kita dahulu...
dan terutama.... bina teguh akidah kita dahulu!!!

kita nak hidup dengan sidia bukan untuk sehari dua... bukan untuk seminggu dua mahupun setahun dua...
kita nak hidup dengan sidia untuk selamalamanya until JannahNya kan...
kengkonon nak sampai Jannah... tpi bercouple, mendekati zina... bukankah ianya menjauhkan kita dengan JannahNya?? Allah.... engat cahaya asyiqin... engat!! 

sentiasa perbaharui iman...
sentiasa perbaharui akal fikiran kita yang sering tercemar dengan sekeliling...
sentiasa perbaharui akhlak...
dan sentiasa perbaharui strategi dalam menggapai JannahNya!!!

# teringat strategi 3p dalam cerita Aku Ada Wali...
PAUSE...PREVIEW...PERGI...
hikhikk... selamat menghayati... ;)

No comments:

Post a Comment