evol

evol

Wednesday, May 7, 2014

salah satu sifat lelaki....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
hee... i/m coming back wif dis new topic...
actually, aku sedang membaca sebuah buku yg bertajuk 'Act Like A Lady, Think Like A Man..'

okee... start now...
Berkomunikasi, Memupuk, Mendengar masalah orang lain, & Cuba memahami orang lain tanpa membetulkan keadaan BUKANLAH sifat sebenar seorang lelaki...
Hal ini kerana bidang sifat sebenar mereka adalah MENYELESAIKAN MASALAH...

sebagai contoh: (hal yang baru berlaku sebentar tadi pada diriku...)
~ aku mempunyai seorang rakan yang sememangnya rapat denganku suatu ketika dahulu... namun kini hubungan kami terjejas hanya kerana suatu salah faham telah berlaku... namun, pergaduhan itu telah lama berlaku dan aku sendiri telah meminta maaf setulus hatiku.. di fikiranku, dia telah memaafkanku... namun, hubungan kami tetap dingin sehingga ke hati ini... ~
~suatu hari (selang beberapa hari yang lepas), aku telah post satu moment dalam wechat aku dengan ayatnya begini: "kawan... dlu kita rapat.. kemana2 bersama.. tapi kini.. tak tahu mana silapnya... menyepi walau dikau di depan mata... kesilapan dahulukah masih membelenggu dirimu? maafkan daku..." aku tidak mengharapkan balasan mahupun belas kasihan darinya... kerana aku amat merinduinya... ~
~tiba2.... hari ini dia telah membalas wechatku dalam post di moment wechatnya... dia berkata walaupun dia telah memaafkanku, tetapi jangan pernah berharap yang hubungan kami bakal baik seperti dahulu... namun yang lebih menyayat hatiku adalah apabila dia berkata di awal postnya dengan perkataan 'perangai firaun'... Allah... sungguh bisa....~

Melalui kisah seperti di atas, aku dengan hati yang berdebar2 seakan mahu meletuskan api bak naga cepat2 istighfar dan aku meluahkan kemarahanku dengan meminta pendapat dan nasihat dari seorang lelaki yang kini telah mencuri hatiku... ahaksss (oppssss malu sudahhh...)

Ternyata benar... kaum lelaki ini sifat mereka bukan hanya mendengar malah telah cuba menyelesaikan masalah aku... (walaupun sempat lagi laa kena bebel kejap... hikhikk)

Namun perlu diingatkan... sifat mereka ini khusus untuk wanita yang dicintainya sahaja... wanita yang bukan siapa2 dalam hatinya, buat apa mereka perlu menyesakkan fikiran mereka untuk mencari jalan menyelesaikan masalah wanita lain..
So, para gadis, perempuan dan wanita di luar sana... Sekiranya anda menghadapi situasi & ia boleh dibetulkan tetapi lelaki itu tidak melakukannya, ini bermakna dia tidak serius dengan anda @ lebih tepat lagi dia tidak mencintaimu... Kerana mereka adalah seorang penyelesai masalah kepada kaum wanita yang dicintainya... <3 wink winkk <3

No comments:

Post a Comment