assalamualaikum dan selamat membaca yep untuk semua yang sudi membaca... baikklah... update kali ini mayb lebyh berguna kerana ianya adalah 30 cara untuk kita menuju kebahagiaan dalam hidup,khususnya... wallahualam.... :) benda baik sama2 laa kita kongsi...
hee ini hasil pembacaan ku untuk sebuah buku motivasi 'Jangan Bersedih'.... :)
1) Jika Anda Tidak Hidup Dalam Batasan Hari Ini, Tentu Fikiran Anda Akan Melayang Kemana-mana... Semua Urusan Akan Menjadi Kacau Bilau serta Kecemasan Serta Kedukaan Akan Menjadi Lebih Banyak..
--@ sabda Rasulullah s.a.w : Bila engkau berada pada pagi hari, JANGANLAH menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, JANGANLAH menunggu datangnya waktu pagi..
2) Lupakan Masa Lalu dan Segala Yang Pernah Terjadi..
--@ Hal ini kerana, memikirkan segala yang telah berlalu dan sesuatu yang telah selesai merupakan KEBODOHAN dan KEGILAAN..
3) Jangan Sibukkan Diri Dengan Masa Depan..
--@ Masa hadapan kita masih lagi berada di alam GHAIB. Jangan laa kita dok sibuk memikirkannya sehinggalah ianya datang dengan sendirinya...
4) Jangan Mudah Tergoncang Oleh KRITIKAN..
--@ Dalam hal ini, kita perlu TEGUHKAN PENDIRIAN kita dalam menghadapinya.. Dan ketahuilah... KRITIKAN akan mengangkat HARGA DIRI kita setara dengan kritikan tersebut.. jadi, LAA TAHZAN dengan orang-orang yang sering mengkritik kita...
5) Beriman Kepada Allah dan Beramal Soleh..
--@ Dengan beriman kepada Dia, hati akan menjadi tenang dan kita juga terhindar daripada melakukan sebarang perkara yang dapat membuat kita bersedih hati.. KECUALI dengan segala KEIZINANNYA untuk menduga kita.. laa tahzan... :)
6) BerZIKIR kepada Allah..
--@ berZIKIR mampu menenangkan, menenteramkan dan menyenangkan hati kita yang sering berbolak balik... :)
7) Ketentuan Qada' dan Qadar..
--@ Kita sebagai umat islam kn wajib mempercayai qada' dan qadar Allah... percayalah... Setiap qada' dan qadar itu berlaku ada HIKMAHNYA yang tersendiri... telitilah ia...
8) JANGAN menunggu Ucapan Terima Kasih..
--@ Setiap KEBAIKAN yang kita berikan kepada seseorang yang lain, JANGAN lah kita menunggu ucapan TERIMA KASIH daripada mereka, jika target kita berbuat baik itu adalah untuk mendapatkan PAHALA daripada Allah...
9) Persiapkan Diri..
--@ Persiapkan diri kita untuk menerima segala kemungkinan yang BURUK yang bakal berlaku.. Dengan itu, kita tidak lah terlalu sedih dan meratapi setiap perkara buruk yang telah berlaku nanti..
10) Berfikir..
--@ Dalamilah ia dalam-dalam.. Kerana kemungkinan yang telah berlaku itu ada KEBAIKKAN yang tersembunyi darinya untuk diri kita...
11) Qada' Allah..
--@ Percayalah!! setiap Qada' Allah yang telah ditetapkan untuk kita itu adalah suatu yang BAIK buat diri kita..
12) Bersyukur..
--@ Bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang telah Allah berikan pada kita.. Masakan baru DIUJI sedikit, kita sudah GIVE UP?? Banyak nikmat Allah berikan pada kita antaranya, KEHIDUPAN yang bermakna ini..
13) Percayalah..
--@ Telitilah dan PERCAYALAH dengan setiap yang kita miliki adalah LEBIH BAIK dari orang lain.. Dengan hal ini, kita akan mudah menepis sikap cemburu akan kelebihan orang lain yang akhirnya akan membawa hati kita kepada kesedihan dan bukannya KEBAHAGIAAN...
14) Jalan Keluar..
--@ Setiap permasalahan yang berlaku, ketahuilah kita semua... bahawa ada JALAN KELUAR yang tersembunyi yang perlu kita cari dan telitinya sebaik mungkin menggunakan kurniaan akal yang dikurniakan Allah buat setiap hambaNya...
15) Berdoa..
--@ Dengan setiap kurniaan MUSIBAH kepada kita akan membuat diri kita bergerak untuk MENGADU kepadaNya... Sesungguhnya Allah menunggu kita untuk BERDOA dan meminta kepadaNya...
16) Musibah = Menajamkan Nurani dan Menguatkan Hati..
--@ Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan hambaNya TIDAK MAMPU untuk menanganinya..
17) Kemudahan..
--@ Ketahuilah... Setiap kesulitan akan ada KEMUDAHAN yang tidak kita ketahui melainkan kita cari dan telitinya..
18) Jangan Hancurkan Hidup Anda..
--@ setiap kesulitan atau musibah yang berlaku, JANGAN sesekali kita MENGHANCURKAN diri kita dengan perkara ataupun solusi yang tidak berfaedah...
19) Salah Satu Sifat Allah..
--@ Ingatlah akan Allah yang Maha Memberi Keampunan kepada setiap hambaNya..
20) Jangan MARAH, Jangan MARAH, Jangan MARAH!!!
--@ Setiap kritikan, setiap perlakuan buruk kepada kita dan setiap musibah yang mendatang, JANGAN sesekali kita menunjukkan KEMARAHAN kita!! Kerana MARAH tidak mampu memberi kebahagiaan kepada kita..
21) Jangan Risau..
--@ Janganlah kita resah gelisah akan setiap HARTA DUNIA yang tidak kita miliki.. Ketahuilah, hidup di dunia ini hanyalah sekelipan sahaja kerana AKHIRAT adalah yang KEKAL ABADI..
22) Rezeki..
--@ {Dan, di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.} -Az-Zariyat : 22
23) Apa Yang Anda Takutkan..
--@ Ketahuilah wahai rakan-rakan pembaca.. Kebanyakan dari apa yang kita takutkan TIDAK akan berlaku.. kerana hari esok masih berada di alam ghaib lagi..
24) Suri Teladan
--@ Pada diri kita yang tertimpa MUSIBAH itu terdapat SURI TELADAN yang dapat kita ambil ia sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup..
25) Sesungguhnya, Jika Allah Mencintai Sesuatu Kaum, Maka Dia Akan Memberikan Cubaan Atas Mereka.
--@ Allah menyayangi diri kita.. Sebab itu Dia turunkan musibah buat kita untuk kita kembali mengingatiNya..
26) Bencana..
--@ Ulangilah BERDOA untuk MENGHAPUSKAN bencana..
27) Lakukan!!
--@ Kita PERLU lakukan kebaikan dan menghasilkannya... TINGGALKAN segala kekosongan dan penggangguran..
28) Desas-desus/Khabar Angin..
--@ TINGGALKAN segala desas-desus dan JANGAN mempercayai setiap khabar angin.. Sehinggalah khabar angin itu terdapat KESAHIHANNYA..
29) Balas Dendam!!
--@ Pabila kita berdengki akan seseorang, perasaan dan sikap untuk membalas DENDAM itu seakan membuak-buak dalam diri dan hati kita. Dan pabila berbalas dendam, ianya hanya akan MEMBAHAYAKAN kesihatan anda sendiri melebihi BAHAYA yang menimpa pihak lawan..
30) Penghapus Dosa-Dosa..
--@ Setiap musibah yang berlaku, yang dapat kita tanganinya dengan hati yang terbuka, ketahui laa... Musibah itu adalan Penghapus Dosa masa silam kita yang telah pun berlalu..
alhamdulillah... semua 30 ways ini bersangkut paut akan satu sama lain... apa-apapun, hal yang sekecil ini juga laa yang sering membuatkan hati kita tidak tenteram dan tidak dapat menuju hakikat kebahagiaan yang sebenar,...
fahami dan hayatinya... sudi2 tnggalkan laa sedikit komen ataupun ways yang lain yang dapat kita kongsikan bersama... segala kesilapan harap sama2 kita perbetulkan... jangan segan atau takut untuk menyatakan pendapat masingmasing.. sama2 kita istiqamah... :)
No comments:
Post a Comment