evol

evol

Wednesday, June 22, 2016

M.A.S.A

Assalamualaikum korang ...
ohh ya .. Sebelum terlupa , aku nak cakap ni ..
Update yang baru aku update tu , sebenarnya dah dikarang dalam 2 3 atau 4 5 hari yang lepas tau !
hihii .. Mase tu , tengah-tengah mengarang dan nak publish tu , tiba-tiba line internet pulak slow macam siput  ... Terus lah terlupa nak publish .. Nasib baik sempat save .. hihii .. Kalau tak , tak dapat lah cheq nak karang balik ... hihii

Okay !
Kali ni nak update ape ye ?
Haa ..

M.A.S.A !!
Sebenarnya , macam tak percaya dah nak raya dah . Dalam erti kata lain , sebenarnya aku nak cakap dah nak dekat Midsem Break dah .. Allah .. Cepatnya masa berlalu .
Sebenarnya lagi , bila korang dah di tahun akhir perkhuliahan , lebih spesifik lagi , di akhir semester , korang akan rasa masa tu seolah-olah mencemburui korang sangat-sangat .
Korang akan rasa macam seolah-olah dah tak sempat nak bernafas . hihii (propa sangat ayat kan !)
Korang juga rasa seolah-olah tempat korang belajar ni dah jemu nak tengok korang dan nak korang cepat-cepat blah ! (perghh ayat ganas x ?) Hihii

Semester akhir ini , aku hanya ambil 3 subjek final & 1 Final Year Project (FYP) .
Sikit kan ? Member-member terdekat aku , ambil 4 subjek final & 1 FYP .
Kenapa aku kurang 1 subjek ? Sebabnya salah satu subjek yang diorang ambil sekarang ni , aku dah ambil mase sem lepas . Aku kan transfer credit student .

Tapi !!!
Walaupun aku terkurang 1 subjek daripada diorang , TETAP jugak aku rasa masa tu tak cukup !!
Semester ni , aku kena buat :
* 3 subjek Final
* 1 FYP
* MUET ( MUET masa Diploma dulu sangat-sangat menghampakan .. jadinya , aku kena repeat again .. )
* Cari tempat Internship beserta hantar resume, cover letter, & dapatkan comfirmation dari company tu

Fuhh fuhh fuhh .. Pasal intern pun , 1 masalah jugakk ..
Pening nak minta intern kat mana ..
Samada Ipoh (aku taktahu kat mane tempat yang sesuai untuk intern kat ipoh.. )
Mahupun KL .. (kat KL banyak tempat boleh intern .. tapi masalah kos yang melampau pula )
Member-member aku , memasing nak try apply intern kat Kedah tempat sorang member kitorang .. tapi .. waduhh masalah betul ..

Hihii .. Dah dah .. Back to the topic !! (Banyak dah melalut nihh .. )
M.A.S.A

Aishh ... Aku rasa update kali ni , dah panjang dah pun kan ..
Maafkan tuan hamba .. Kita sambung next update lah pasal MASA ni ..
Actually , tuan hamba tengah terkejar dengan masa ni ..
Esok ada 2 quiz !! Dan tuan hamba mohon undur diri ..
Remind me k !!!

my new me

Assalamualaikum ..
Tak terlambat lagi kot nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan ..
Lama sangat dah tak menulis kan . Korang ada yang menanti-nantikan update ke ?
Hihihii .. Perasan sangat lah kan .. takde siapa pun yang dok menanti-nantikan update dari blog ni kan .. :p Dah macam setahun satu update pula kan . Hihihii . Actually , ni pun takde idea sangat pun nak menaip nih ..

Sekarang ?
Aku masih berada di UNITEN, Muadzam Shah nih ..
Tapi , dah akhir semester dah .. hihii .
Habis bulan September nih , aku akan pergi internship pula . Korang doakan perjalanan aku tau !
Sibuknya , toksah cerita lah .. Nih pun dok curi-curi masa nihh .. Hihii ..

Banyak betul kenangan kat Bandar Muadzam nihh . Kenangan yang akan ku ingat sampai bila-bila .
Paling utama .. Kenangan mengenali si dia yang kini bertakhta .. Si dia yang tentunya seorang yang sukar untuk aku lepaskan .. Semoga jodoh aku dengan dia hingga ke Syurga ...
(oppssss ... si dia itu , biarlah aku rahsiakan dahulu .. andai aku berjodoh dengannya di dunia ini , aku akan ceritakan satu persatu kisahku dengannya .. Aamiin .. )

Ohh yaa ... Sebelum terlupa , aku mohon maaf sangat-sangat pada korang ..
Sebabnya , bila aku baca balik apa yang aku merepek meraban dalam nih , aku rasa malu teramat ..
Sangat kebudak-budakkan lah tulisan aku sebelum nihh .. Aku nak delete , tapi macam banyak GILERRR lah pula .. auchhh malunya akuuuu ... Maafkan aku kerana telah mencuri masa korang yang berharga tuh dengan update-update aku yang *** (aku pun tak tahu nak cakap apa .)

Aku tak tahu nak bawa blog nih ke arah apa .. Nak kata blog muslimah , hmm muslimah sangattt ..
Nak share tips , siapalah aku nih nak share tips dengan korang . Aku bukanlah siapa-siapa yang perlu korang minta pandangan aku . Aku hanya lah seorang hamba Nya yang penuh dengan kekurangan . Aku masih penuh kekhilafan . Aku bukanlah seorang muslimah yang perlu dibanggakan . Dari permulaan aku ingin berubah , sehingga kini aku masih belum berubah sepenuhnya .

Aku masih baru dalam dunia blog nih .. Walaupun kewujudan blog nih dah lama .. Tapi , seriously takde arah blog nih aku kerjakan . Korang ada idea tak ?


Thursday, August 27, 2015

Vacation DPM'A' 2010, Pulau Perhentian

Pemandangan Pulau Perhentian 2015



Assalamualaikum...
fuhhh... berkurun rasanya takde story kan..
hehee..
sorry.. actually banyak je story nak di story kan.
tapi... tersangatlah malas.
ni pun, curi masa kejap nak story sikit.

First of all, alhamdulillah sangat2.
Sebab akhirnya dapat jua jejakkan kaki ke tempat ni.
Subhanallah, sungguh indah ciptaanNya untuk kita syukuri dan nikmati bersama.

Trip ni selama 3hari 2malam.
Trip ni terbahagi kepada 2: 
1. Menaiki kapalterbang dari KLIA ke Kota Bahru Airport.
2. Menaiki van dari Ipoh ke jeti 
Aku, ofcos naik flight. Almaklum dari Muadzam Shah turun KL hari Khamis, then awal2 pagi pukul 6.20am naik flight ke Kota Bahru Airport. Dalam pukul 9am, kami geng flight & geng van sampai, naik jeti ke Pulau Perhentian Besar.

Sampai shj ke sana, lepas checkin chalet, dalam pukul 12tengahhari, aktiviti kami dimulai dengan IslandHoping. Pusing2 pulau, pergi Kincir Angin sampai masuk asar. then balik chalet dan rest.
hari kedua, pada pukul 9am, aktiviti kami adalah SNORKELING!!! Tak boleh nak digambarkan perasaan tu... sangat2 best... dalam petang pula, mereka berkayak. (aku tak join sebab panas sangat masa tu. acah2 princess sgt tawwww)
hari ketiga, its time to us untuk keluar pulau.. sobsobb.. Sedih taww.. Geng van keluar pulau pada pukul 8am. Manakala kami geng flight keluar pulau pada pukul 11.30am. Geng van terus ke Terengganu. Manakala geng flight pula ke Kota Bahru, Kelantan.

Tak dapat nak digambarkan perasaan ini... 
Paling utama, aku betul2 dapat release stress !!!
Subahanallah... Andai berkesempatan lagi, inginku jejak lagi untuk teroka lagi keindahan ciptaanNya...


Here, i show you some of my picca..

Aku, Nana & Wani
 (Wani tu, kawan kepada Nana yang diundang bersama.. walau mulanya segan, lama2 boleh cope together..)
Last day.. Aku Nana & Yuyu..


Aku & Nana.. dikala panas terik & dikala rakan2 yang lain sedang berkayak, kami hanya selfie sambil menikmati pantai yang sangat cantik..

Subhanallah... cantikkan? Ni pemandangan dari atas kincir angin.
 (oppss tak sampai puncak pun. sebab penat.. hee)

Yang ni pula, Wani, Fauzi, Yuyu, Huzil & Aku.. Actually, aku tak pandai berenang. Mulanya takut2 juga. Tapi.. Ini Asyiqin laa.. Berani mencuba. hehee First time snorkeling !! And ILOVEIT!!!! Subhanallah... bila tengok hidupan laut.. Allahu... Terujanya.. Sempat jugak tengok penyu uollssss.... tapi tak sempat snap laa.. hehee


Aku.. Merenung mengenang bila lagi nak ke sini lagi... 
Kami !!! Reunion DPM'A' ex-poly Ungku Omar 2010
hanya kami yang mampu bersama2... miss all of you, specially Pulau Perhentian...

Friday, April 24, 2015

Remaja ..

Remaja ..
Remaja dan usia muda sering kali tidak terlepas dengan frasa ‘Usia remaja untuk bersuka ria ..’
Banyak cabaran untuk kita para remaja sekalian tika diusia remaja ini ..
Mencuba perkara yang ingin dicuba ..
Menjelajah ke mana sahaja yang mampu dijajah ..
Juga ingin merasa bebas sebebasnya ..

Seperti juga aku ..
Ingin mencuba semua aktiviti yang ada disekeliling ..
Ingin menjelajah , bercuti , melancong ke serata tempat ..
Ingin merasa bebas sebebasnya dgn pergi kemana-mana tanpa ada sebarang halangan ..

Melihat telatah mereka , rakan-rakan lain yang kelihatan hidup mereka langsung tiada masalah ..
Sentiasa gembira ..
Bergelak ketawa bersama teman-teman yang lain ..
Adakala membuat diri ini dicuit rasa cemburu ..

Namun ….
Mungkinkah Dia Yang Maha Tahu ada merencana sesuatu yang sesuai dgn diri ini ?
Masya Allah ..
Aku dibiar keseorangan kini , agar aku sentiasa bermuhasabah atas segala kesilapan di waktu silam ..
Agar aku tidak mengulanginya lagi dan lagi ..
Agar aku tidak lagi terkeluar dari landasan agamaMu ..
Dan agar aku mampu menjadi bidadari di JannahMu kelak ..
Subhanallah …


Ya Allah .. bantulah aku untuk menjadi wanita muslimah bidadari syurga kelak .. Aamiin .. 

Friday, January 2, 2015

P.U.T.U.S A.S.A

Assalamualaikum...
Entry kali ini.... PUTUS ASA....

Kadangkala, aku terasa bagai nak berputus asa je dengan apa yang sedang aku lakukan...
Aku terasa seperti nak berhenti belajar kat UNITEN ni, kemudian terima balik kemasukan ke UUM...
Sedihnya hati hanya Dia yang tahu...

Aku tak tahu apa salahku pada mereka...
Seakan ada sahaja yang disorokkan mereka padaku...
Lain sekali dengan masa mula2 diriku jejak disini...
Ada seorang yang berperangai cepat sangat sentap... Bila dah sentap, berminggu2 tak nak tegur dah... Even balas whatsapp pun dah tak nak...
Ada seorang pula yang tika aku masuk ke bilik, dia keluar... Tika aku di luar bilik, dia masuk bilik... Ataupun tika aku di dalam bilik, dia lepak di bilik depan..bila nak masuk tidur je, dia masuk dan terus tidur... 
Ada seorang lagi, tika aku sesaja keluarkan 'selfpost' dalam wechat, terus dia menghentam balik... Padahal bukan tiap masa, tiap saat aku keluarkan 'selfpost'... Bilamana aku 'hide' dia daripada baca post2 aku, dia keluarkan post menyatakan tak perlu nak buat dia terasa seakan jauh denganku... 

Apa salah aku, Ya Allah....
Aku tak ganggu pun privasi mereka...
Apa yang perlu aku ubah??
Tak terfikirkah mereka perbuatan mereka bakal berbalik kepada diri mereka pula selepas ini??

Aku perlukan kekuatan kembali...
Seseorang ada menyatakan, pedulikan mereka... Aku terlalu memikirkan mereka... 
Tapi aku benar2 inginkan keamanan, kesejahteraan tanpa menyakiti atau tersakiti hati masing2...


Aku perlu kekuatan untuk aku terus kejar kejayaan aku!!!
Tak apa lah... Pedulikan mereka... Yakin pada Dia.. InsyaAllah....
Ya aku perlu kuat!! Kuat dari segala yang mengganggu aku untuk mengecap kejayaan...
Anda juga harus kuat!!! Allah sentiasa ada bersama hamba2Nya...




Thursday, January 1, 2015

First STEP kearahnya....

Assalamualaikum....
And....
Happy New Year 2015 awakawak semua....



Macam2 kenangan pahit, manis, ketawa, sedih, dan sebagainya yang berlaku pada tahun 2014... 
Kini, kemunculan Tahun 2015, sama2 kita nantikan percaturan Allah swt...
Makin meningkat tahun, makin meningkat juga umur... Makin dekat juga kita dengan alam kematian... Semoga kita semua menjadi insanNya yang bertaqwa... Semoga banyak juga amalan2 bagi mengisi kembali kekosongan yang telah ditinggalkan... Aamiin...

Hokeyyyy.... Actually I'olls ada story sikit ni...
Story ni mulanya agak menerujakan diri ini...
But slowly, it turns ........ :'(

Sebenarnya..... sebenarnya... sebenarnya....
Aku dah ceritakan serba sedikit perihal Mr Miki dekat ibu!!!!
ohhhmyyyy.....
Seriously... this is my first time telling bout 'someone' to my own parent....
Selalunya, mereka tahu sendiri...(mayb)
So, semalam tika aku berdua dengan ibuku, aku telah membuka cerita menyatakan aku telah berkawan dengan 'someone' (which is him!!).. 
Dan... untuk menyelamatkan diriku.... aku cepat2 bagitaw ibu, 'dia' nak datang jumpa dalam tengah tahun, tahun ini... 
Ibu tanye, datang untuk apa? And, aku jawab 'dia' datang saje nak kenal2... 
And ibu ada laa soal sikit2 bout him... and aku pun xsempat nak cerita panjang2 sebabnye..... dah sampai rumahhhh daa.... hehee segan laa...
Oppss... Respon ibu, ibu cakap, suruh tanya 'dia', betul2 ke ni??
And guess what?? Rasanya mcm dah Green Light jewwww.... 

Thennnnn.....
Sesampainya aku di Muadzam Shah tadi, dalam pukul 7 lebih, ayah call.. 
Biasa lah, tanya daa sampai bilik ke belum...
Tiba2.... Jengjengjengggg....
Ayah buka mulut and cakap, ayah dah tau pasal 'dia'...
Respon ayah??
No..No..No... Belajar dapatkan straight A, lepas tu sambung Master... Lepas tu baru laa pikir lain2....
huwaaa.....
cam mane niiii????

Aku taktahu laa kenapa...
Ayah ni nak tunjuk kt sapa??
Ke sebab my besfrenn dah selamat terbang ke luar negara untuk sambung Master??
Tengok laa umur dia sekarang...
Aku baru nak menapak dalam dunia Degree, and she... daa menapak jugak dalam dunia Master...
Sangat jauh untuk aku kejar dia.... :'( :'( :'(

Lagipun....
Untuk sambung study lagi....
Aku rasa macam tak larat...
Penat...

Tak apa....
Think POSITIVE!!!!
Ayah and ibu tak jumpa 'dia' lagi...
(tapi.... aku takut... takut ayah tolak mentah2....)
POSITIVE!!!
Ayah and ibu belum dengar sepenuhnya tentang 'dia' lagi....
huwaaaa!!!!
POSITIVE again!!!
Lepas ni, aku kena rajin call ibu tanya ibu, camne ibu cakap kat ayah... 
Kena rajin tanya ibu, and korek rahsia dekat ibu pasal ayah...
Kena rajin juga untuk pujuk ibu untuk yakinkan ibu dulu...
Sebab, ibu boleh bagitau ayah pulakk...
hehee...

Bismillah.... Semoga Allah membantu hambaNya yang ingin membina masjid yang halal lagi diredhaiNya...
Redha ibuayah, redha juga Dia...
Aamiin....
Doa2kan yekk.... 

Wednesday, December 17, 2014

Ke busy an & Kemalasan....

Assalamualaikum... hee selamat petang uolls....
Humm... Lamanye tinggalkan tulisantulisan ni...
Ada ketika nak menaip, tapi takde idea plak.. (seperti kala ini... )
Ada ketika nak menaip, tapi busy nya Allah sahaja yang tahu.. Almaklum laa, student life kan...
Tapi tika ini, aku cuba sedayaupaya untuk cari masa jugakkkk nak menaip..
Bosan pulakk tengok blog sendiri yang kosong takde hupdate apaapa kn...

Sebenarnya, aku pun taktahu nak hupdate ape....
Hakhakkkk!!!
Okeoke... cerita pasal study aku laa...
Lebih kurang dekat 1 bulan lebih daa aku start kelas aku kan...
Bermulanya semester ni, aku terus sibuk sampaikan nak balik cuti pun takde mase...
Walaupun kelas starting Isnin hingga Khamis sahaja, Jumaat hingga Ahad, ada je kerja yang perlu dibuat... Kerja tugasantugasan kelas laa...
Seriously, semester kali ini, memang aku pulun(usaha) habis laa...
No time to datingdating... No time to relaxrelax... and No time to watching movie....
Arghhh cuba bayangkanlah Isnin sampai Ahad asyik menghadap buku, nota, assignment...
Lepas tu pulakk, duduk belajar dekat tengah hutan kan...
Apa yang ada?? Wayang takde... Bowling takde... Shopping Mall lagilahhh takde..
Hengko rasa camne?? Terasa bagai dikurung dalam penjara jehhh walaupun realitynya bukan..

Lepas tu dalam 3 4 minggu yang lepas, sibuk pulak nak prepare untuk Midterm Exam....
Pulun lagi...
Tapi yang menyayat hatinya.... result pulak tak semengah yang diusahakan....
Maksudnya, tak seelok seperti yang telah dipulun berminggu-minggu...
Sedihnya laa hati ini...
Badan+otak penat pulun... tp result ??? hanya begitu....
Kadangkadang terasa macam nak putus asa je...
Tapi apa boleh buat... takkan nak berhenti kat tengah jalan kan...

Walau apapun, aku sebagai transfer student, kan boleh habis awal.. tapi tuh laa kalau result teruk, tak dapat laa nak habiskan seawall yang boleh....
Pada mulaya, aku ada buat 2 study plan yang berbeza..
  • study plan untuk 2 tahun..
  • study plan untuk 2 tahun setengah..
Mengikut planning, aku nak cuba habiskan dalam 2 tahun sahaja... Sebabnya ada upcoming planning selepas itu... Tapi... selepas result midterm pun begini... terasa down sangatsangat... macam tak mampu je nak buat dalam 2 tahun sahaja...

Dekat sini, aku ada seorang lecturer advisor... Sebelum ni aku ada laa jumpa beliau untuk mintak pendapat.. memang selalu jugakk laa aku jumpa beliau bila ada problem pasal study ni..
(Sebenarnya aku memang jenis suka bercerita masalah pada orang... suka minta pendapat orang lain jika mereka berada dalam situasiku.. Lagi2 bila jauh dari ibuayah ni... Lagi laa tak boleh pendam sorangsorang..)
Lepas je ceritakan problem midterm aku pada beliau, semangat aku kian meningkat balik... hihiii Cumanya, untuk mendapat A+ dalam (1) 'subjek' tu, memang tak dapat dah laa...
Nasihat beliau lagi, 'terus cuba maintain kan prestasi dan kena usaha lebih lepas ini...'


Dan sekarang.... oleh kerana excited nak balik cuti midsemester esok, hari ni aku burn semua kelas!!
ahakksss...
tak larat sangat rasanya... sampaikan aku memerlukan 1 vacation bercuti ke mane2 laa...
tapi, untuk bercuti sangat pada cuti seminggu ini, terpaksa dilupakan...
Sebabnya... Ada 2 assignment menanti... Ya Allah... banyaknya kerja...
Kemudian... maktok kesayanganku sakit... Sesungguhnya, hanya Allah yang mengetahui... Namun... sempatkan aku untuk menjaganya cuti semester ini....
Awak semua tolong doakan maktok ye...

Rasanya.... sampai disini sahaja kowt... Aku pun dah kehabisan idea nak mengarang.... Lagi, kerana ada tugasan menanti... Malam ni ade meeting group assgment lg... Part aku, satu apa pun tak siap lagi... huwaa..... Nak menangis!! Nak balik!!!

Oke bye... Terima kasih sebab luangkan masa untuk baca coretan kali ini yang sangatsangat membosankan....